Monday, November 23, 2009

Terpengaruh dgn Kuizikel

hik hik...
sementara tunggu encik abang kiter datang amik.... meh kita men'x' sawang kan blog
help!! help!! i'm on fire!! (silap la.. spttnya amik yg muka terkejut)

bestnyer kalu ada bakat melukis mcm dia ni..

sila la lawat arkib negara.. hak hak hak

uuh... jatuh cinta dgn budak ni.. buleh tak?













Wednesday, November 18, 2009

Haji or Umrah??

*** 2 hari lepas, on the way back from hospital, abang tanya .. "bila kita plak nak gi haji nih? nak tak kita buat umrah dulu, then gi haji?..." ****

hmm.. abang faizal & kak ija dah seminggu di tanah suci.. tiba2 terasa terkilan pulak sbb selama ni terlalu mengutamakan hal duniawi sampai tak tersaving utk ke haji.. apa la agaknya rasa beribadah kat sana yer? bersedia ke aku untuk bertamu di tanah suci? tiba2 je terasa diri semakin jauh dgn Allah.. jauh beza aku skarang dgn aku yg dulu.. justified ke stakat alasan kerja bertimbun or anak berderet?? astaghfirullah al-azim.. astaghfirullah, teruknye aku ni!!! HARUS aku perbaiki diri...

berbalik kepada persoalan *** tadi, aku skarang dah tak pasti.. umrah dulu or haji dulu?? kata orang, elok la buat umrah dulu, so that kita faham dan arif tentang ibadah yg bakal dilaksanakan.. tapi, memikirkan financial yang tak menentu, aku jadi was was.. takut umrah dah dilaksanakan, nak menyimpan untuk haji pulak takes another long time.. takut jugak ajal menjengah dulu...

walaupun sebenrarnya aku dah pun buat umrah thn 1999 dulu.. tapi zuq tu takder... risau jugak i'll get the same feeling if i go for the 2nd time.. maksud zuq takder.. yerla.. pergi haji concentration nyer lain.. feeling nyer lain.. sesaknye lain.. in the end, bila ke haji, it will be totally different..

baik jer buat haji terus.. terus menunaikan yang wajib.. seandainya ada fursah kedua.. boleh la menunaikan umrah dan menikmati ketenangan beribadah di tanah suci..

hmm... dilema... takper... azam baru, aim baru.. be it umrah ke, haji ke... x kisah.. up to hubby.. as long as we have the same aim.. i.e to prioritise the aim to jejak sekali lagi ke tanah suci .. Ameen...

Friday, November 13, 2009

Syukur Atas Rahmat Tuhan

I remember during my confinement, mak told me that she was actually worried when she knew that i was carrying twins..she was worried of the risk of kembar siam and any complication twin pregnancy can cause.. She prayed day and nite for me and my babies' safety.. alhamdulillah, berkat doa mak, the babies are just fine, except that nijad has that kidney problem (which is rectified)..

While that thought has never occurred to me.. cause if it did, i would have double my prayer... being in the Paed Ward (govt hospital) a few days, brought me back to the conversation i had with mak.. seeing kids with various kind of illness, which some were perfectly healthy on birth, make me realise that Allah berkuasa memberi dan menarik semula nikmatNya.. our kids might look just fine now, but we will never know what might happen in the future.. we should always double or triple our pray to Allah to spare an eye to our family ..

In the hospital, every middle of the nite, there'll be new cases coming in to the room.. and it is just so happened that me & nijad were awake to witness the chaos (the fact that nijad tak tido malam)
  • 10/11/09 (5 am) - chinese baby - critically ill, mommy was crying, baby has difficulty to breath, Dr nag mommy for not bringing the baby earlier, ICU was full, few Drs ran up to the ward to help the baby breath on machine.. was transferred to ICU at 9 am
  • 11/11/09 (4 am) - malay girl, asthma (not a serious case)
  • 12/11/09 (1.30 am) - nigerian boy (abt 2-3 yrs) - serious case, treated as asthma patient, while waiting to be transferred to ICU, fr what i've overheard, the illness has something to do with his blood.. something like the blood of the father and mother, when combined resulting to bla bla.. dunno.. underwent few blood inspections before... dont know what time sent to ICU
few other patients whom i get to know
  • rafique (1 yr plus) - kidney problem (like what nijad has) but detected late, one side of the kidney was infected and is scared that it will affect the other one.. scheduled for operation to remove one kidney.. Alhamdulillah with the technology, we detected nijad's kidney prob way earlier (during pregnancy)..
  • indian girl (9 yrs old) - both kidney not in a good condition.. having dialysis treatment 4 times a month.. scheduled for kidney transplant - donor: father.
  • indian boy (abt 6 yrs old) - having dialysis treatment (dont know frequency).. scheduled for kidney transplant - donor: mother
  • Gilbert (abt 3 yrs old) - heart problem.. mmm apa beza jantung dgn hati eh? dua2 pun heart.. ni problem hati.. he looks pale, white eye becomes yellowish, and easily get fever...
  • Manja (4 months old) - heart problem (jantung) weighing 3++ kg only.. waiting for operation once her weight reach 10 kg.. but her weight reduces day by day... now she is lighter than when she was born..
  • name not known (10 months) - behaving like baby.. cannot lift her head.. always asleep.. size like a baby of 4 months.. (diagnosed not to have any heart problem).. problem unknown
  • A lot of cases - bronchitis, asthma, radang paru2, lung infection and other similar cases..
Ya Allah, aku bersyukur dikurniakan keluarga yang sihat walafiat.. Kau lindungilah kami dari sebarang mala petaka dan selamatkanlan kami dunia dan akhirat..

p/s: i dont think i'll get this experience in private hospital.. cause obviously i wont have the chance to get to know other patient...

Thursday, November 12, 2009

My Kids, My Life....

mata2 babah

kidz in baju raya

langgar rehal qor'an punye pasal.. ngaji la konon

amiir lwn hantu.. naim tkt hantu.. najya carik2.. mana hantu??

ummi, tgk ni.. naim dah tido kan najya.. hebat tak?

babah.. x syok la kerusi najya ni.. mcm baby jer

naim kejar nijad sblm nijad hilang kat blakang kerusi

Wednesday, November 11, 2009

Nijad oh Nijad

8/11/2009 - Sunday
  • 9.15 am - Nijad is warded at hospital selayang.. Ward 8B.. scheduled for operation tomorrow.. bagi sapa2 yg blum tau sakit apa.. sila baca..
  • Night - He seems very happy.. mulut bising "bah bah brrrr bah"
  • 5.30 am - Nijad start puasa

9/11/2009 -Monday
  • 7.30 am - nijad mandi.. syok tak ingat... pakaikan dia baju spital bagi..naik stretcher, tolak masuk Operation Theater.. mulut masih blum stop membebel "bah bah". Babah on the way from home... baru lepas hantar naim & najya to their carers
  • 8.00 am - Masuk bilik prep OT.. tempek wayar sana sini.. Dr suh ummi cium nijad, pastu nijad dipengsankan... ummi kena halau ke bilik menunggu
  • 9.00 am - anak org lain dah kuar.. nijad still blum ada kabor berita..
  • 10.00 am - patient2 yg masuk sblm nijad sumer dah kuar ... nijad??
  • 11.00 am - dah tak senang duduk..terngiang kata Dr.. "baby nanti pengsan, kita buat General Anaestatic.. masuk tiub dalam mulut ... nnt dia bernafas sumer pakai machine.. badan kira lumpuh sekejap la so that takder muscle bergerak sikit pun during operation.. baby takleh batuk / demam / selsema.. takut choking bla bla bla"..ni muka org dah tensi menunggu.. hahaha.. bughok ghupenye!!!!
  • 12.00 pm - "ibu nijad!!!" panggil cik misi.. alhamdulillah.. nijad berselimut dgn topi putih dkt kepala... tidur smbl Dr pegang topeng gas kat muka dia... "mak pegang topeng ni.. monitor oxygen dgn BP anak yer.." aku terngaga.. mana reti! tapi paham2 sendiri la.. kite bukan la buduh sangat kan.. hee.. muka nijad sangat tenang dalam tidur.. sebiji mcm muka dia waktu lahir dulu..
  • 12.30 pm - naik ward...babah ada sama
  • 5.00 pm - tok, wan, nenek, atok, auntie akmar & uncle mokh & najla, ammi dada & ibu datang ziarah... nijad still blum fully conscious.. kalau bukak mata pun.. either mamai or menangis kesakitan.. Dr bagi morphin 6 hourly
  • night - Dr kata kidney nijad mmg sangat dilated.. about 4 times normal size.. operation justified, result satisfied.. Dr dah buang saluran sempit tu & buang tisu yg rosak.. (agaknya).. nijad berselirat wayar, drip kt tgn, kateter kat burung, drainage kat tmpt jahit..
10/11/2009 - Tuesday
  • morning - not so much of a progress... ummi kena marah ngan Dr sbb gi mandi tertinggal handphone atas katil nijad
  • Afternoon - babah kerje.. lunch hr jenguk nijad & bawak McD untuk ummi yg kempunan (tgk org sblh katil makan McD sdap gile)
  • 6 pm - Nijad threw me his first smile after the ops.. merengek nak bangun.. dukung2 terus nak melompant2.. seriau la pulak... baringkan balik.. dah boleh gelak2..
  • Night - mintak Dr stopkan morphin sbb nijad nampak dah kurang sakit.. but, ummi struggling to put Naim to sleep.. sbb dia demam pulak.. x nak letak.. last2 tido atas riba...
11/11/2009 - Wednesday
  • morning - nurse kejut ummi sbb dah siang.. mengantuk sangat smpi x sedar sumer org dah bangun and dah cerah.. nijad ceria.. Dr Jazila bagi bukak drip, tinggal cateter & drainage.. tu pun esok drainage dah leh bukak.. sng sikit nak dukung nijad..
  • Afternoon - demam nijad dah kebah..mandikan nijad (smlm x mandi, x berani).. nijad sgt happy dpt mandi.. dah gelak2.. bagi susu.. sama2 qadha' tidor
  • 5 pm - mak, ebah, hilmi dgn naim datang.. nijad lagi happy dapat jumpa naim (obvious, bukan direka2).. naim agah2 nijad smpi terkekek kekek
  • Night - babah singgah dr ofis before off to rumah.. nijad main2 dgn babah.. babah balik.. lampu gelap.. bermula la siri manja nijad.. mula la tak nak masuk bilik balik.. nak dukung ajer... elok jer dia pejam mata.. misi pulak suh kejut di abagi ubat.. NO WAY!! i'm tired.. tunggu nijad bangun la

...sambung lagi nanti... morning's update... Nijad dah meniarap balik!!! batulla kata Dr, baby's recovery is very fast...

Engkau Terbaik Untukku

Engkau Terbaik Untukku - dipetik dari blog miazariel n babykids

" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina.

"Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula.
"Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik.
"Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya.
"Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa.
Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.

SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang.
"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak.. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.


p/s: Ya Allah... ampunkan aku andai aku mengkufuri nikmat mu..
buat abang yg mungkin membaca... terima kasih atas perkongsian kita..